Mulakan..

🌺🕋🌺🕋🌺🕋🌺
💡💡💡💡💡💡💡
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

🤲Ya Allah Ya Qahhar,
Kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini, untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

🤲Ya Jabbaru Ya Muttaqim…
Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah kami, permudahkanlah urusan kami. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada kami. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat kami dan cukupkanlah keperluan kami.

🤲Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah kami Ya Allah, agar dapat beribadah bersamaMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah kami. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

🤲Ya Allah Ya Rahim,
Cucurilah rahmat kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

🤲Ya Allah,
Hilangkan keseronokkan kami dari cederung kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhi kami dari apa jua musibah. Selamatkan kami dari azab kubur dan azab api neraka.

🤲Ya Allah, janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati dan keimanan kami pada agama Islam. Kurniakanlah pada kami limpah rahmat dari sisiMu.

🤲Ya Allah Ya Ghaffar,
ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, ahli2 keluarga kami, saudara2 kami, sahabat2 kami, ustaz n guru2 kami dan sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

Manusia Dicipta Di Atas Fitrah Yang Suci

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam daripada sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka seraya berfirman “Bukankah Aku ini Tuhanmu”, mereka telah menjawab “Benar, Engkau Tuhan Kami”, kami menjadi saksi.
(Surah Al-A’raaf 7: 172)

Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ الْـعَالَمِيــن

Mari Berzikir:
(Damainya Hati)
Astagfirullah Hal Adzim

🌺🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌺
Mulakan pagi Rabu ini dengan kurangkan menghitung KEMARAHAN terhadap apa jua perkara dihadapan kita dengan senyuman.
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan Silaturrahim.

JANJI ALLAH ITU BENAR
😃Senyum Selalu